BADAN masyarakat yang membantah pengenalan seni khat Jawi dalam sistem pendidikan sekolah sepatutnya berfikir dengan lebih rasional, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Katanya, mereka tidak perlu terlalu beremosi sehingga mahu menghalang anak ke sekolah kerana ia hanya satu cabang dalam pendidikan.
Sikap yang beremosi seperti itu, tambah Maszlee, adalah tindakan yang tidak wajar.
“Kita perlu kembali kepada rasional. Tidak perlu melibatkan anak-anak kita atas perkara yang berlandaskan emosi.
“Kembalilah kepada realiti. Pendidikan adalah satu pelaburan kepada semua masyarakat,” katanya dalam sidang media di Institut Perguruan Guru Pulau Pinang, hari ini.
Maszlee mengulas gesaan kumpulan anti-khat, Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) yang mahu meyakinkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jika permintaan mereka berdialog dengan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu berkenaan tidak diendahkan. – 27 Ogos, 2019.
MENYUSUL
Komen