Hubungan Malaysia-China rapat di bawah Dr Mahathir


Khoo Gek San

Sejak 45 tahun lepas, hubungan China dan Malaysia rapat di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, kata Michael Chen. – Gambar The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2019.

WALAUPUN Pakatan Harapan (PH) dengan Beijing tahun lepas dimulakan dengan pelbagai masalah, hubungan China dengan Malaysia sentiasa paling rapat di bawah Dr Mahathir Mohamad, kata Michael Chen, individu yang membantu mewujudkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara 45 tahun lalu.

Bercakap kepada The Malaysian Insight pada ulang tahun ke-45 hubungan Malaysia-China, Chen yang kini berusia 87 tahun berkata beliau adalah setiausaha agung Barisan Nasional dan juga presiden Persatuan Pingpong Malaysia ketika diminta oleh perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein untuk memulakan hubungan dengan negara komunis itu.

Apa yang Chen miliki pada masa itu adalah “diplomasi ping-pong” berdasarkan kedudukannya dalam persatuan sukan tetapi digunakan menjadi satu kelebihan.

Beliau ketika itu mengetuai pasukan pingpong Malaysia ke Beijing untuk menyertai pertandingan antarabangsa dan menyampaikan salam persahabatan Razak kepada kerajaan China.

“Kita mempunyai hubungan dua hala yang kuat sejak itu,” kata beliau kepada The Malaysian Insight.

Chen memuji visi Razak kerana membuka jalan bagi hubungan yang kukuh dengan China.

“Malaysia dan China pada masa itu adalah negara muda dan China bukanlah sebuah negara kaya. Bagaimanapun, Razak tidak fikir China perlu kaya untuk menjadi sahabat,” katanya.

Sejak 45 tahun lepas, hubungan China dan Malaysia rapat di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, kata Michael Chen. – Gambar The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2019.

Tetapi ketika negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir, semasa beliau menjadi perdana menteri keempat, ketika itulah China benar-benar menjadi sekutu Malaysia, kata Chen.

Dr Mahathir mengetuai delegasi 300 orang dalam lawatan rasmi ke China pada 1985 dan menandakan bermulanya hubungan yang lebih bermakna.

Chen, yang merupakan sebahagian daripada delegasi, berkata kumpulan itu termasuk ramai ahli perniagaan China-Malaysia dan pegawai kanan kerajaan. Dr Mahathir berterusan melawat China beberapa kali kemudian semasa berkhidmat. – 29 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen