MAHKAMAH Agung Israel mengharamkan dua ahli parti pelampau haluan kanan yang dianggap banyak pihak sebagai rasis daripada bertanding pada pilihan raya umum 17 September depan.
Mahkamah memutuskan calon Benzi Gopstein dan Baruch Marzel daripada Parti Kuasa Yahudi, tidak boleh bertanding, menggunakan undang-undang yang menghalang “mencetuskan perkauman” oleh calon, menurut kenyataan mahkamah semalam.
Ahli Kuasa Yahudi adalah pengikut mendiang Rabai Meir Kahane yang dianggap rasis kerana mahu mengusir Arab dari Israel.
Ideologi Kahane, yang dibunuh di New York pada 1990, juga menjadi punca Baruch Goldstein yang melakukan pembunuhan besar-besaran 29 warga Palestin di Hebron pada 1994.
Mahkamah menolak petisyen Kuasa Yahudi yang mahu diiktiraf sebagai parti politik dan membolehkan Itamar Ben-Gvir bertanding di Tebing Barat.
Ben-Gvir mengakui mempunyai gambar Goldstein di ruang tamu rumahnya, tetapi dilaporkan berbuat demikian kerana beliau adalah seorang doktor yang merawat orang Yahudi yang diserang warga Palestin.
Pernah didakwa sebanyak 53 kali sejak remaja, Ben-Gvir dibebaskan daripada 46 pertuduhan.
Beliau mengambil keputusan untuk belajar undang-undang atas cadangan hakim supaya boleh mempertahankan dirinya.
Beliau kini mewakili pendatang yang dituduh mencetuskan keganasan, termasuklah mereka yang bertanggungjawab dalam serangan arson yang membunuh budak lelaki Palestin berusia 18 bulan dan ibu bapanya pada 2015 di Tebing Barat, tragedi yang mencetuskan penentangan besar-besaran.
Kuasa Yahudi mahu menyingkirkan “musuh Israel dari tanah kami,” merujuk kepada warga Palestin dan Arab Israel.
Ia juga mendesak Israel supaya menjajah sepenuhnya Tebing Barat, tempat tinggal 2.5 juta penduduk Palestin.
Alone dianggap mampu meraih 3.25% undi yang diperlukan untuk menjadi ahli Parlimen.
Tambahan pula, perjanjian dibuat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan dua lagi parti haluan kanan meningkatkan lagi peluangnya untuk menang.
Pakatan itu bagaimanapun dikecam ramai warga Israel dan penduduk Yahudi luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.
Bagi Netanyahu, perjanjian itu yang dibuat menjelang pilihan raya adalah kerana politik.
Beliau mempertahankan pakatan itu, berkata tidak mahu undi haluan kanan disia-siakan dalam perancangannya. – AFP, 26 Ogos, 2019.
Komen