TUJUH orang maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah koc terbalik di lebuh raya dalam Wilayah Guangdong yang terletak di selatan China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Nahas itu berlaku sekitar tengah malam Isnin di Lebuhraya Shenyang-Haikou dalam seksyen bandar Yangjiang, menurut jabatan publisiti perbandaran Yangjiang.
Koc dengan 44 tempat duduk itu membawa 47 orang ketika nahas berlaku.
Enam orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di sebuah hospital.
Sebelah orang mengalami cedera ringan.
Punca nahas masih disiasat. – Bernama, 25 Ogos, 2019.
Komen