Tentera gabungan Arab Saudi pintas peluru berpandu Houthi


Konflik antara kerajaan yang disokong Arab Saudi dengan pemberontak Houthi berlarutan sejak 2014. – Gambar AFP, 26 Ogos, 2019.

ARAB Saudi memintas enam peluru berpandu pemberontak Yaman di bandar Jizan semalam, kata tentera gabungan yang diketuai Riyadh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi berita Arab Saudi (SPA), peluru yang ditembak peberontak Houthi itu menyasarkan penduduk awam di Jizan.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

Stesen televisyen Al-Masirah melaporkan pemberontak Houthi melancarkan 10 peluru “Badr 1” yang disasarkan ke pesawat dan helikopter tentera di lapangan terbang Jizan dan pengkalan tentera berdekatan. – AFP, 26 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen