PIHAK berkuasa India mempertahankan keputusan menghalang ahli politik melawat wilayah Kashmir bagi mengelakkan kontroversi dan krisis yang lebih teruk.
Wilayah majoriti penduduk Islam itu dalam keadaan tegang susulan keputusan New Delhi membatalkan hak autonomi di Kashmir dan mengenakan sekatan di wilayah itu.
Pembangkang utama dari parti Kongres mengkritik tindakan kerajaan menjadikan wilayah Kashmir di bawah pemerintahannya secara terus.
Wilayah itu masih diletakkan di bawah perintah berkurung dengan pergerakan yang terhad dan perkhidmatan internet serta telefon juga disekat.
Bekas presiden Kongres Rahul Gandhi yang masih pemimpin utama di India, pada awalnya dijemput oleh gabenor Kashmir Satya Pal Malik untuk melawat wilayah itu.
Namun satu video yang disiarkan parti itu menunjukkan Gandhi mempersoalkan tindakan pihak keselamatan menghalangnya daripada memasuki bandar utama Kashmir Srinagar.
Bagaimanapun ketua polis tempatan Dilbagh Singh mempertahan keputusan larangan ahli politik memasuki Kashmir.
Katanya situasi di Kashmir semakin tentang dan polis tidak mahu mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan kontroversi. – AFP, 25 Ogos, 2019.
Komen