POLIS Hong Kong menembak air ke arah penunjuk perasaan buat kali pertama pada hari Ahad bagi menyuraikan perhimpunan yang menyaksikan penunjuk perasaan memenuhi bandar itu sejak tiga bulan lalu.
Pusat kewangan yang kini diwarnai demonstrasi jalanan bagi membantah rang undang-undang ekstradisi yang dicadangkan untuk China, menjadi semakin meluas melingkupi isu-isu demokrasi yang digerakkan gerakan pro-demokrasi menyasarkan kerajaan pro-Beijing.
Ribuan orang yang berkumpul di stadium sukan berarak dalam hujan lebat ke daerah Tsuen Wan, sementara sekumpulan penunjuk perasaan dilihat mendirikan sekatan jalan raya di samping turut menggali batu bata dari kaki jalan.
Selepas menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai, polis menghalakan meriam air ke arah jalan raya, sebelum memberi amaran kepada penunjuk perasaan yang mereka akan menggunakan meriam tersebut jika mereka tidak bersurai.
Polis sebelum ini berkata kenderaan itu, lengkap dengan kamera pengawasan dan lengkap dengan muncung pelbagai semburan, hanya akan digunakan sekiranya berlaku “gangguan awam besar-besaran”.
Sepanjang protes, Beijing menggunakan pelbagai kaedah intimidasi, propaganda demi menyekat protes yang digelar sebagai “keganasan putih” oleh gerakan pro-demokrasi. – AFP, 25 Ogos, 2019.
Komen