IRAN menyenarai hitam sebuah pertubuhan pemikir Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melakukan ‘keganasan ekonomi’ terhadap republik Islam itu.
Kementerian Luar Iran dalam kenyataannya berkata pertubuhan itu adalah Yayasan Pertahanan dan Demokrasi (FDD) yang diketuai oleh Mark Dubowitz.
“Institusi AS yang menggunakan nama samaran itu dan Dubowitz dipercayai terlibat dalam ‘mencipta, melaksanakan dan mengenakan kesan keganasan ekonomi terhadap Iran,” kata kementerian itu.
Malah katanya FDD juga mengugat keselamatan rakyat dan kepentingan Iran.
“Institusi itu mecipta dan menyebarkan penipuan selain mendalangi kempen yang menjejaskan ekonomi Iran,” kata kenyataan itu.
FDD menyifatkan pertubuhan mereka sebagai pusat kajian yang menumpukan perhatian terhadap dasar luar dan keselamatan negara.
Institusi itu sebelum ini menentang perjanjian 2015 yang menyaksikan kuasa dunia menarik semula sekatan ke atas Iran sebagai balasan Teheran mengehadkan program nuklearnya. – AFP, 25 Ogos, 2019.
Komen