Israel lancar 2 serangan dron ke kubu kuat Hezbollah


Insiden itu berlaku beberapa jam di selatan Lebanon selepas Israel melancarkan serangan udara di Syria yang menyebabkan dua pejuang Hezbollah maut. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2019.

ISRAEL melancarkan dua dron untuk mengebom kubu kuat Hezbollah di selatan Beirut dan salah satunya merosakkan pusat media kumpulan itu, kata tentera Lebanon.

“Dua dron itu milik tentera Israel yang menceroboh ruang angkasa Lebanon di selatan Beirut.

“Dron pertama terhempas manakala sebuah lagi meletup di udara,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Israel melancarkan serangan udara di Syria dan menyebabkan dua pejuang Hezbollah maut.

Pihak tentera sudah menutup lokasi dron itu jatuh dan siasatan sudah dimulakan.

Jurucakap Hezbollah Mohamed Afif berkata satu daripada dron itu membawa bahan letupan.

“Dron pertama terhempas tanpa menyebabkan kerosakan tetapi dron kedua yang dipenuhi bahan letupan mengakitkan kerosakan teruk kepada pusat media Hezbollah,” kata Afif.

“Hezbollah tidak menembak jatuh dron tersebut.

“Dron pertama yang terhempas tidak meletup dan kini dmiliki Hezbollah untuk menganalisanya.” – AFP,  25 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen