Trump umum perdagangan besar bakal terjalin antara AS dan Britain


Ditanya bagaimana rundingan itu akan diputuskan dalam perjanjian perdagangan AS-Britain, Trump berkata "dengan segera. Kami tidak jangka akan ada masalah." – Gambar AFP, 25 Ogos, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump pada hari Ahad berkata perjanjian perdagangan antara AS dan Britain boleh dicapai “segera”.

Trump yang berucap bersama Perdana Menteri Boris Johnson di luar sidang kemuncak G7 di Biarritz, Perancis, mengatakan bahawa “perjanjian perdagangan yang sangat besar, dan lebih besar daripada yang pernah diputuskan” bakal terjalin antara kedua-dua negara itu.

Johnson menegaskan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan tidak akan dibincangkan dalam perjanjian yang bakal terjalin. “Tidak terdapat perbincangan lengkap mengenai perkara itu,” katanya.

Ditanya bagaimana rundingan itu akan diputuskan dalam perjanjian perdagangan AS-Britain, Trump berkata “dengan segera. Kami tidak jangka akan ada masalah.”

Johnson ketika ini cuba untuk mengarahkan Britain keluar dari blok perdagangan bebas Kesatuan Eropah dan perjanjian dua hala dengan Amerika Syarikat akan menjadi sebahagian besar strategi baru pentadbiran di London. – AFP, 25 Ogos, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen