Kalah pilihan raya, Presiden Nauru hilang mandat 


Kerajaan Baron Waqa sering memberi kesukaran terhadap media antarabangsa ketika mahu memasuki negara tersebut bagi melaporkan keadaan pelarian yang memohon suaka di negara pulau tersebut. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2019.

PRESIDEN Nauru yang merupakan pendukung tegar dasar keras Australia yang menahan pelarian-pelarian di negara pulau kecil di Pasifik itu kehilangan mandat selepas kalah dalam pilihan raya umum berdasarkan keputusan rasmi pada hari Ahad. 

Pengundi-pengundi yang keluar membuang undi pada hari Sabtu memilih musuh politik Baron Waqa di Boe, kawasan yang diwakilinya sejak enam tahun sebelum ini.

Pengganti Waqa tidak diketahui sebelum ini sehingga 19 ahli parlimen bertemu untuk memilih presiden baharu di mana menteri kewangan David Adeang dipertimbangkan sebagai calon pilihan selepas dipilih semula mewakili kawasannya.

Waqa sering dilihat sebagai pemimpin kontroversi dan disifatkan badan pemikit Lowy Institut Australia sebagai pemimpin yang menunjukkan pemerintahan autoritaritan di negara yang hanya mempunyai bilangan penduduk sebanyak 11,000 orang itu.

Kerajaan beliau sering memberi kesukaran terhadap media antarabangsa ketika mahu memasuki negara tersebut bagi melaporkan keadaan pelarian yang memohon suaka.

Pentadbirannya turut memperkenalkan undang-undang yang memperuntukkan penahanan dalam penjara dalam tempoh yang yang lama terhadap para penunjuk perasaan di samping menyekat akses terhadap Facebook. Ia disifatkan pengkritik sebagai satu usaha untuk menyekat penyebaran maklumat sebenar.

Dasar Australia dalam memproses pemohon suaka di Nauru dan Papua New Guinea telah menyebabkan talian hayat ekonomi negara itu semakin teruk selepas sumber utama negara itu berada dalam keadaan tenat. 

Sumber Nauru bergantung kepada galian fosfat yang digunakan untuk baja tanaman.

Pendapatan Kerajaan Nauru meningkat dari AUS$20 juta sepanjang 2010-2011 sehingga AUS$115 juta pada 2015-2016, dan kebanyakan pendapatan itu adalah dari yuran pembayaran Canberra yang mempunyai hubungan dengan dasar suaka menurut data rasami Australia. – AFP, 25 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen