Transaksi besar daripada putera Arab Saudi kepada Najib diketahui SPRM  


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak menerima hampir RM400 juta daripada putera Arab Saudi sejak 2011. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2019.

PADA perbicaraan SRC International Najib Razak minggu lepas seorang pegawai penyiasat agensi anti rasuah memberi keterangan bahawa pihak berkuasa menyedari adanya transaksi berjumlah ratusan juta ringgit daripada putera Arab Saudi kepada bekas perdana menteri itu sejak 2011.

Saksi akhir pendakwaan, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain memberi keterangan bahawa pihak berkuasa mengetahui Najib menerima hampir RM400 juta daripada putera Arab Saudi pada 2011.

Ketika diperiksa balas oleh peguam bela Rosli mengesahkan jumlah itu dpindahkan ke akaun AmBank peribadi Najib yang berakhir dengan “694” dan ia daripada Putera Faisal Turki Al Faisal Al Saudi.

Beliau juga mengesahkan satu lagi transaksi kepada akaun Najib berjumlah lebih RM200 juta dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Rosli tidak disoal balas selanjutnya oleh peguam bela.

Putera Faisal sebelum ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan Blackstone Asia Real Estate Partners, sebuah syarikat berkaitan 1MDB yang disebut di mahkamah.

Beberapa laporan media mempersoalkan kewujuan royalty berkenaan.

Blackstone Asia Real Estate Partners yang tidak mempunyai kaitan dengan dana lindung nilai kumpulan Blackstone akan menjadi salah satu pusat fokus utama dalam perbicaraan 1MDB akan datang di mana Najib berdepan 25 tuntutan jenayah dikaitkan dengan dana awam sebanyak RM2.3 bilion. – 25 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen