Pulau terbakar, ratusan pelancong dipindahkan


Lebih 50 kes kebakaran hutan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam terakhir disebabkan angin kuat. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2019.

BERATUS-RATUS pelancong telah dipindahkan dari hotel dan pantai di Pulau Greece Samos akibat kebakaran hutan di pulau itu semalam. 

Kira-kira 70 anggota bomba membantu memadam api yang merebak begitu cepat di timur pulau berkenaan, kata jabatan bomba.

Datuk bandar tempatan Christodoulos Sevastakis berkata, kira-kira 1,000 orang telah dipindahkan ke bandar Pythagoreio berdekatan beberapa hotel.

“Api tidak terlalu besar tetapi terlalu hampir dengan hotel.

“Pythagoreio kawasan yang lebih selamat untuk dipindahkan,” katanya kepada SKAI TV.

Lebih 50 kes kebakaran berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam terakhir disebabkan angin kuat. – AFP, 25 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen