PENERBANGAN keluar masuk di Libya tergangguh selama beberapa jam selepas satu-satunya lapangan terbang di negara itu terkena bedilan roket ketika dua buah pesawat awam sedang mendarat.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Mitiga dalam kenyataan awalnya berkata operasi penerbangan akan disambung semula sehingga diberitahu.
Bagaimanapun selepas beberapa jam, operasi penerbangan disambung semula.
Lapangan terbang itu terletak di timur Tripoli dan merupakan bekas pangkalan udara tentera.
Ia digunakan bagi menggantikan lapangan terbang antarabangsa Tripoli yang rosak teruk akibat peperangan pada 2014.
Mengulas mengenai serangan yang berlaku, pihak berkuasa berkata kejadian itu berlaku ketika pesawat Buraq Air dari Istanbul dan penerbangan Libyan Airlines dari Madinah yang membawa lebih 200 penumpang sedang mendarat.
Mitiga sebelum ini menjadi sasaran dalam peperangan antara kerajaan perpaduan yang diiktiraf PBB dan tentera yang setia kepada Khalifa Haftar.
Haftar mengetuai Tentera Kebangsaan Libya untuk melancarkan serangan pada 4 April bagi menguasai Tripoli.
Pihak yang melancarkan serangan roket itu tidak dapat dikenalpasti tetapi kerajaan perpaduan menyalahkan tentera Haftar. – AFP, 24 Ogos, 2019.
Komen