PRESIDEN Kesatuan Eropah (EU) Donald Tusk berkata blok itu akan bertindak balas jika Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas wain Perancis selepas Presiden Donald Trump mengugut mahu berbuat demikian.
Sebelum meninggalkan sidang kemuncak G7, Trump mengeluarkan ancaman baharu untuk mengenakan cukai terhadap wain Perancis selepas Paris mengenakan cukai jualan terhadap produk teknologi AS seperti Google, Facebook dan Apple.
“Saya akan melindungi wain Perancis dengan kesungguhan.
“Jika AS mengenakan tarif, EU akan bertindak balas,” kata Tusk.
“Ini perkara terakhir kita perlu berkonfrontasi dengan sekutu baik kita, AS.
“Ini bukan inisiatif kita iaitu kesusahan tarif dan perdagangan. Tetapi kita perlu bersedia dan sudah bersedia.”
Awal minggu ini, seorang pegawai AS mengesahkan cukai jualan digital ke atas produk AS yang disifatkan sebagai diskriminasi, akan dibangkitkan pada persidangan itu.
– AFP, 24 Ogos, 2019.
Komen