SEKUTU utama Perdana Menteri India Narendra Modi, Arun Jaitley meninggal dunia pada usia 66 tahun di hospital di New Delhi hari ini.
Jaitley merupakan bekas menteri kewangan India yang berkhidmat dari 2014 hingga pilihan raya awal tahun ini.
Jaitley menjalani pembedahan pemindahan hati pada tahun lalu dan meletak jawatan pada Mei lepas selepas disahkan menghidap kanser.
Modi dalam ucapan takziahnya menerusi Twitter menyifatkan Jaitley sebagai pemimpin politik yang bijak dan berjiwa besar.
“Kematiannya amat menyedihkan,” kata Modi.
Jaitley merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara itu. – AFP, 24 Ogos, 2019.
Komen