2 terkorban dalam insiden bangunan runtuh di India


DUA orang maut manakala sekurang-kurangnya dua lagi dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat yang dibina secara haram runtuh di bandar Bhiwandi, 34 kilometer dari Mumbai pada Jumaat malam, lapor agensi berita China Xinhua.

Lima mangsa yang cedera dalam insiden itu telah dikejarkan ke hospital, kata seorang anggota polis tempatan.

Dua puluh dua keluarga telah dipindahkan apabila keretakan dilihat berlaku pada bangunan berusia 10 tahun itu.

Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka kembali ke bangunan itu untuk mengambil barangan masing-masing dan telah terperangkap.

Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh Pasukan Respons Bencana Negara dan siasatan akan dilakukan tidak lama lagi. – Bernama, 24 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen