AS naikkan tarif ke atas barangan China bermula Oktober


Presiden AS itu juga berkata tarif ke atas baki barangan dan perkhidmatan China bernilai AS$300 bilion, yang akan berkuat kuasa pada 1 September kini akan meningkat dari 10 peratus kepada 15 peratus. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) akan menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai US250 bilion dari 25 peratus kepada 30 peratus mulai 1 Okt sebagai respons kepada tindakan China mengenakan tarif baharu ke atas barangannya, umum Presiden Donald Trump.

“Mulai 1 Okt, barangan dan produk dari China yang bernilai US$250 bilion, yang kini dikenakan cukai sebanyak 25 peratus akan dikenakan cukai sebanyak 30 peratus,” kata Trump menerusi Twitter pada Jumaar, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Presiden AS itu juga berkata tarif ke atas baki barangan dan perkhidmatan China bernilai AS$300 bilion, yang akan berkuat kuasa pada 1 September kini akan meningkat dari 10 peratus kepada 15 peratus.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas China mendedahkan tarif balasan ke atas barangan AS bernilai AS$75 bilion.

Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa sejumlah 5,078 produk AS akan tertakluk kepada tarif tambahan sebanyak 10 peratus atau lima peratus.

Kenaikan tarif itu akan dilaksana dalam dua peringkat dan berkuat kuasa masing-masing pada pukul 1.01 pagi waktu Beijing pada 1 September dan pukul 1.01 pagi pada 15 Disember. – Bernama, 24 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen