Presiden Brazil kerah tentera padam kebakaran hutan Amazon


Ruang dara di Rondonia, Brazil diselubungi asap akibat kebakaran hutan Amazon. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2019.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro semalam mengerah tentera membantu operasi memadam kebakaran di hutan Amazon, ketika bantahan di peringkat antarabangsa dan ancaman ke atas perjanjian perdagangan terhadap negara itu.

Kepulan asap tebal dan api kelihatan sejauh beberapa kilometer di Rondonia di sebelah barat laut Brazil.

Kebakaran di hutan hujan terbesar dunia itu mencetus bantahan di seluruh dunia dan perang mulut antara terhadap Bolsonaro dan Presiden Perancis  Emmanuel Macron yang menyifatkan kebakaran itu krisis antarabangsa.

Macron juga mengancam akan menyekat perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) dengan negara-negara Amerika Selatan.

Angka rasmi menunjukkan 76,720 kebakaran hutan berlaku di Brazil tahun ini, yang menurut pakar berpunca daripada penebangan hutan semasa musim kering untuk perladangan.

Lebih separuh kejadian berlaku di Amazon.

Menurut Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) kira-kira 700 kabakaran baharu berlaku antara Rabu dan Khamis, menyebabkan pencemaran udara termasuk di Sao Paulo hingga menyebabkan bandar itu bertukar gelap di siang hari.

Selepas mesyuarat tergempar malam semalam, Bolsonaro mengeluarkan perintah kerahan tentera membantu memadamkan kebakaran di hutan itu. – AFP, 24 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen