Google larang pekerja bincang isu politik di pejabat


Syarikat gergasi internet Google melarang pekerjanya berdebat mengenai isu politik di tempat kerja, sebaliknya menumpukan tugas masing-masing. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2019.

SYARIKAT gergasi internet Google melarang pekerjanya berdebat mengenai isu politik di tempat kerja, sebaliknya menumpukan tugas masing-masing.

Garis panduan di tempat kerja syarikat itu menetapkan kakitangan Google perlu bertanggungjawab, membantu dan bertimbang rasa semasa bertukar-tukar pandangan menerusi forum atau perbincangan dalam internet.

“Tanggungjawab utama kita ialah menjalankan tugas yang diberi, tidak menghabiskan masa dengan berbincang mengenai topik yang tidak berkenaan,” menurut garis panduan itu.

Ia turut menegaskan komen antara pekerja Google di pejabat, tanpa mengira kandungannya berkemungkinan akan tersebar dan memberi tanggapan yang salah terhadap syarikat.

“Kita bebas untuk suarakan pendapat dan berbincang mengenai aktiviti syarikat, itu amalan syarikat ini.

“Waspada, jangan membuat kenyataan salah atau mengelirukan tentang produk atau perniagaan Google yang boleh menjejaskan kepercayaan  terhadap kerja kita.” – AFP, 24 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen