Scarlett Johansson dinobat pelakon wanita termahal dunia


Scarlett Johansson,34, menerima lebih AS$15.5 juta berbanding jumlah diterimanya pada 2018, kerana filem Avengers: Endgame yang terkenal di seluruh dunia- beliau menerima upah sebanyak AS$35 juta untuk filem itu. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2019.

ADIWIRA Black Widow menjadi tumpuan ramai, begitu juga pelakon yang memainkan wataknya- Scarlett Johansson yang menjadi pelakon wanita termahal dunia buat tahun kedua berturut-turut, menurut ranking tahunan dikeluarkan Forbes.

Johansson,34, menerima lebih AS$15.5 juta berbanding jumlah diterimanya pada 2018, kerana filem Avengers: Endgame yang terkenal di seluruh dunia- beliau menerima upah sebanyak AS$35 juta untuk filem itu.

Pelakon itu akan menerajui filem Black Widow yang dijadualkan ditayang pada 2020.

Tetapi, dengan upah tinggi diterimanya, kesenjangan upah gender masih ketara di Hollywood. Beliau hanya berada di tangga kelapan dalam senarai gabungan pelakon lelaki dan wanita termahal.

Sebagai perbandingan, Robert Downey Jr, rakan Avengersnya mendapat AS$55 juta untuk tampil dalam filem itu.

Menurut laporn Forbers dikeluarkan pada Rabu itu, Downey Jr. berada di tempat ketiga dengan upah berjumlah AS$66 juta, dibelakang Chris Hemsworth (AS$76.4 juta) dan Dwayne Johnson (AS$89.4 juta).

Dalam senarai pelakon wanita, tempat kedua menjadi milik Sofia Vergara, pelakon veteran tetapi baru memecah masuk senarai. Bintang sitcom Modern Family itu mendapat AS$44.1 juta antara 1 Jun 2018 dan 1 Jun 2019.

Beliau diikuti oleh Reese Witherspoon (AS$35 juta) dan Nicole Kidman (AS$34 juta), pelakon siri Big Little Lies.

Jennifer Aniston yang berada di tangga ketiga pada 2018 disebabkan upah iklan jenama utama dunia berada di tempat kelima dengan AS$28 juta untuk tahun ini.

Pelakon lain dalam senarai termasuklah Elisabeth Moss, bintang siri The Handmaid’s Tale dan pelakon Australia, Margot Robbie.

Angelina Jolie yang berada di kedudukan kedua pada 2018 tidak masuk senarai tahun ini, begitu juga Julia Roberts, Cate Blanchett dan Jennifer Lawrence.

10 Teratas:

1. Scarlett Johansson (AS$56 juta)

2. Sofia Vergara (AS$44.1 juta)

3. Reese Witherspoon (AS$35 juta)

4. Nicole Kidman (AS$34 juta)

5. Jennifer Aniston (AS$28 juta)

6. Kaley Cuoco (AS$25 juta)

7. Elisabeth Moss (AS$24 juta)

8. Margot Robbie (AS$23.5 juta)

9. Charlize Theron (AS$23 juta)

10. Ellen Pompeo (AS$22 juta) – AFP, 24 Ogos, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen