Finland cadang larang import daging Brazil


Ia sebagai bantahan kepada tindak balas Presiden Brazil Jair Bolsonaro terhadap kebakaran besar-besaran hutan Amazon, kata Menteri Kewangan Finland Mika Lintila (kiri). – Gambar EPA, 24 Ogos, 2019.

FINLAND bercadang mengenakan larangan ke atas import daging Brazil sebagai bantahan kepada tindak balas Presiden Jair Bolsonaro terhadap kebakaran besar-besaran hutan Amazaon, kata menteri kewangan semalam.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mendahului tekanan antarabangsa terhadap Bolsonaro, mengancam akan menyekat penjanjian utama Brazil dengan Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Kewangan Finland Mika Lintila mengutuk kejadian yang memusnahkan hutan hujan Amazon dan mencadangkan supaya EU dan Finland mengambil tindakan segera dengan melarang import daging Brazil.

Finland memegang kerusi presiden EU secara bergilir.

“Sekarang kita perlu tindakan berkesan dari EU. Jika tiada sebarang perkembangan, saya sedia untuk bangkitkan isu ini dengan rakan sejawat dalam EU yang akan ke Helsinki September ini,” kata Lintila.

Kebakaran hutan Amazon mencetus bantahan di seluruh dunia serta perang mulut antara Bolsonaro dan Macron yang menyifatkan ia kebakaran itu sebagai krisis antarabangsa. – AFP, 24 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen