KOREA Utara lancar dua peluru tidak dikenali ke laut di pantai timur hari ini, yang terbaru dalam siri pelancaran senjatanya, kata tentera Korea Selatan.
“Tentera kami menjejaki pergerakan di (Korea) Utara jika berlaku pelancaran seterusnya,” kata Ketua Turus Bersama (JCS) dalam satu kenyataan.
Kediaman rasmi presiden Korea Selatan, Blue House berkata satu mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan akan diadakan susulan pelancaran senjata terbaru Korea Utara itu.
Ujian tersebut dijalankan selepas Pyongyang menggelar Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo “toksin tegar” ekoran Pompeo berkata AS akan meneruskan sekatan “paling ketat” ke atas Korea Utara sehinggalah semua program nuklearnya dihentikan.
Dalam beberapa minggu ini Korea Utara menjalankan ujian peluru berpandu jarak dekat sebagai bantahan terhadap latihan ketenteraan As-Korea Selatan.
Latihan ketenteraan terbaharu tamat pada Selasa lalu.
Rundingan nuklear antara Pyongyang dan Washington menemui jalan buntu sejak sidang kemuncak kedua antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden As Donald Trump di Hanoi pada Februari. – AFP, 24 Ogos, 2019.
Komen