PM mahu program peningkatan kemahiran diperbanyakkan


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia harus menekankan pembangunan kapasiti dan program peningkatan kemahiran untuk berjaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2019.

MALAYSIA harus menekankan pembangunan kapasiti dan program peningkatan kemahiran untuk berjaya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, fokus mesti diberikan kepada bakat dan sumber negara.

“Dan saya harap kita dapat menghasilkan tenaga kerja yang kompetitif, produktif dan relevan untuk keperluan masa depan,” katanya pada majlis makan malam ulang tahun keempat MyPerintis di Petaling Jaya hari ini.

MyPerintis merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong dan memberi peluang kepada golongan belia diketuai oleh Lawrence Low.

Dr Mahathir berkata kerajaan meletakkan inisiatif baharu untuk bergerak ke hadapan dan beliau merupakan sasaran utama.

“Dalam semua usaha ini, para belia mendomininasi semua aspek sama ada secara langsung atau tidak bertujuan memperkuat mereka.

“Saya harap kita dapat memanfaatkan semua nilai positif belia – idealisme, semangat, komitmen dan dedikasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, ia juga merupakan hasrat kerajaan untuk memastikan kekayaan negara dikongsi oleh semua.

“As such MyPerintis’ initiatives are consistent with our Shared Prosperity vision that aspires to ensure that the nation’s wealth ad development is shared by all Malaysians,” said Dr Mahathir.

“Oleh itu inisiatif MyPerintis ini selaras dengan visi Kejayaan Bersama yang bercita-cita memastikan pembangunan belia negara dikongsi oleh semua rakyat Malaysia,” katanya. – 23 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen