SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat dipijak dalam kejadian di sebuah kuil di Bengal Barat, India, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Jumaat.
Menurut laporan, kejadian berpunca apabila tembok sempadan runtuh menyebabkan orang ramai yang sedang menghadiri perayaan “Janmashtami” di kuil Kachua panik dan berebut-rebut untuk menyelamatkan diri.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
“Janmashtami” adalah perayaan tahunan menandakan ulang tahun kelahiran dewa Hindu Krishna. – Bernama, 23 Ogos, 2019.
Komen