17 maut kemalangan jalan raya di Nigeria


Seramai 17 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah lori di Nigeria tengah. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2019.

SERAMAI 17 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah lori di Nigeria tengah, kata pegawai keselamatan jalan raya hari ini.

Kor Keselamatan Jalan Persekutuan Udeme Eshiet berkata, kemalangan melibatkan bas jenis Toyota membawa 18 penumpang dan sebuah trak berlaku di negeri Kwara semalam.

“Kedua-dua kenderaan hilang kawalan kerana dipandu dengan laju,” katanya.

Seramai 17 penumpang bas maut manakala dua mangsa yang menaiki trak mengalami kecederaan serius.

Kemalangan merupakan perkara biasa yang berlaku di Nigeria disebabkan keadaan jalan yang tidak dijaga dengan baik selain pemandu memandu melulu, memandu laju dan mengabaikan peraturan lalu lintas.

Bulan lepas seramai 19 orang terbunuh apabila empat kenderaan bertembung di jalan raya sibuk di utara Nigeria Kano. – AFP, 23 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen