SEBANYAK 36% rakyat Amerika menyokong pentabiran Presiden Donald Trump, sementara 62% lagi tidak bersetuju, menurut hasil tinjauan baru-baru ini.
Hampir lapan daripada 10 Republikan berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Trump manakala 20% lagi sebaliknya, lapor agensi berita Xinhua.
Berdasarkan tinjauan AP-NORC, 94% daripada Demokrat dan kira-kira dua pertiga calon bebas menentang kepemimpinan Trump.
Angka ini agak konsisten. Kadar populariti Trump tidak pernah menurun di bawah 32% atau meningkat di atas 42% sejak menerajui pentadbiran negara pada Januari 2017, kata Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Awam AP-NORC.
Seramai 46% rakyat Amerika menyokong cara Trump mengendalikan ekonomi, 51% lagi tidak bersetuju.
Mengenai isu lain, hanya 36% rakyat Amerika menerima baik dasar luar dan dasar senjata Trump, 37% menyokong dasar penjagaan kesihatan dan hanya 38 menyokong dasar imigresennya.
Tinjauan membabitkan 1,058 responden dewasa dijalankan 15 hingga 19 Ogos. – Bernama, 23 Ogos, 2019.
Komen