Queensland mohon maaf tidak sengaja dedah nama agensi risikan


Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk berkata kesilapan mendedahkan nama agensi risikan amat memalukan dan tindakan sewajarnya sudah diambil. – Gambar Facebook, 23 Ogos, 2019.

KERAJAAN negeri Queensland, Australia mengemukakan permohonan maaf selepas tidak sengaja menerbitkan nama agen risikan, lapor agensi berita Xinhua.

Nama agen risikan itu terkandung dalam Guardian News pada Khamis petang.

Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk berkata kesilapan itu amat memalukan dan tindakan sewajarnya sudah diambil.

Di bawah undang-undang Australia, adalah menyalahi peraturan untuk mendedahkan identiti pegawai agensi perisikan dan mana-mana pihak berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Walaupun tiada yang akan dikenakan tindakan kerana kesilapan itu, namun anggota Parlimen negeri lain menggesa siasatan dilakukan.

“Satu siasatan terpeinci perlu dibuat. Ia menjejaskan keselamatan negara dan pegawai perisikan,” kata seorang anggota Parlimen wilayah Nanango. – Bernama, 23 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen