Ukraine cadang kanak-kanak tak divaksin tak boleh bersekolah, cetus protes


Ukraine adalah negara Eropah dengan kadar vaksinisasi terendah dan merekodkan lebih 57,000 kes demam campak sejak awal tahun ini termasuklah 18 kes maut; rekod tertinggi pernah dicatat selepas kemerdekaanya dari Kesatuan Soviet pada 1991. – Gambar EPA, 23 Ogos, 2019.

SEJUMLAH 200 peserta anti vaksin berarak di Kiev semalam selepas pihak berkuasa mengancam menghalang kanak-kanak tidak divaksin daripada bersekolah di Ukraine, yang kini dilanda wabak maut demam campak.

Ukraine adalah negara Eropah dengan kadar vaksinisasi terendah dan merekodkan lebih 57,000 kes demam campak sejak awal tahun ini termasuklah 18 kes maut; rekod tertinggi pernah dicatat selepas kemerdekaanya dari Kesatuan Soviet pada 1991.

Pada pertengahan Ogos, kerajaan mengancam mengharamkan kanak-kanak tidak divaksin daripada bersekolah.

Pembantah Kiev, kebanyakan mereka adalah ibu bapa muda dan dari pendalaman bertegas yang mereka mempunyai hak untuk tidak memvaksin anak mereka.

“Saya bebas buat pilihan dan menentang diskriminasi,” kata Alla Fedorchuk, 25, yang datang ke ibu kota dari bandar Lutsk.

Anak lelakinya berusia tiga tahun tidak divaksin. Fedorchuk berkata seorang saudaranya terkena kesan sampingan selepas divaksin.

Ada pembantah yang membawa sepanduk bertulis “campur tangan paksa perubahan adalah jenayah.”

Pihak berkuasa menyalahkan penentangan vaksinisasi ke atas sebilangan penduduk yang mempengaruhi majoriti dan kekurangan vaksin untuk berdepan krisis itu.

Pada akhir Julai lalu, kerajaan melancarkan kempen vaksinisasi terhadap penyakit difteria dan tetanus.

“Liputan vaksinisasi dalam kalangan kanak-kanak adalah sekitar 70%, dalam kalangan orang dewasa lebih rendah. Wabak penyakit berbahaya memang dijangka berlaku,” kata pemangku menteri kesihatan Ulyana Suprun.

Wujud kebimbangan dunia terhadap penentangan global terhadap vaksinisasi.

Demam campak naik tiga kali ganda di seluruh dunia pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2018, kata Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bulan ini.

Demam campak yang mudah berjangkit boleh dicegah dengan mudah menerusi dua dos vaksin, tetapi WHO memberi amaran tentang kadar vaksinisasi seluruh dunia.

Penyakit jangkitan udara itu menyebabkan dema, batuk-batuk dan ruam dan boleh membawa maut dan secara rasminya dihapuskan di banyak negara yang mempunyai sistem kesihatan termaju. – AFP, 19 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen