PENYELAMAT Poland menemui mayat salah seorang dua lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua di pergunungan minggu lepas selepas pintu masuk gua itu dilanda banjir, kata laporan semalam.
Lelaki berkenaan memasuki gua kapur Wielka Sniezna di pergunungan Tatra di selatan Poland minggu lepas bersama-sama empat orang lagi, yang terselamat dan meminta bantuan kecemasan kerana terputus hubungan dengan mereka.
“Mayat salah seorang lelaki yang dicari sejak Sabtu sudah ditemui,” kata pegawai penyelamat gunung Krzysztof Dlugopolski kepada laman berita Onet, berkata beliau akan memberikan butiran lanjut hari ini.
Seorang lagi pengawai awal minggu ini berkata lelaki berkenaan berisiko berdepan hipertermia kerana suhu rendah gua.
Penyelamat menggunakan bahan letupan untuk membuka jalan menuju ke kawasan terakhir lelaki itu dilihat, kawasan gunung itu adalah yang terpanjang dan terdalam wujud di Poland.
Penyelamat Slovak, anggota bomba dan pekerja lombong turut menyertai operasi mencari dan menyelamat itu. – AFP, 19 Ogos, 2019.
Komen