HARGA beras pulut di Thailand meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas dan kenaikan itu dijangka akan berterusan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Sumber dalaman berkata, pada tahun ini beras pulut dijual pada harga 20 hingga 30 baht (AS$ 0.64 hingga AS$0.97) per kilogram dan diramal meningkat antara 40 hingga 50 baht (AS$ 1.29 hingga AS $1.62) setiap kilogram.
Baru-baru ini, pegawai kastam di timur wilayah Sa Kaew merampas sejumlah 30 tan beras pulut yang diseludup ke negara ini dari Kemboja.
Kemarau di Thailand menyebabkan peningkatan harga produk itu dan tanaman lain sementara harga di Kemboja, Laos dan Myanmar adalah lebih rendah. – Bernama, 22 Ogos, 2019.
Komen