IRAN hari ini mendedahkan sistem pertahanan udara baru buatan sendiri, ketika hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) kian tegang.
Sistem yang diberi nama Bavar-373 itu merupakan yang pertama dihasilkan Iran.
Tehran mula membina Bavar yang bermaksud “percaya” selepas pembelian sistem pertahanan S-300 buatan Rusia digantung pada 2010 akibat sekatan antarabangsa.
Presiden Hassan Rouhani hadir pada majlis pengumuman sistem tersebut dan mengarahkan ia dimasukkan ke dalam rangkaian pertahanan Iran, lapor agensi berita tempatan IRNA. – AFP, 22 Ogos, 2019.
Komen