Najib penting dalam kes SRC International, bukan Jho Low, kata saksi


Bede Hong Timothy Achariam

Penyiasat SPRM Rosli Husain berkata Najib Razak yang menjadi tumpuan siasatan skandal SRC International dan bukan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2019.

BEKAS perdana menteri Najib Razak yang menjadi tumpuan siasatan skandal SRC International dan bukan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu oleh ketua penyiasat kes itu, hari ini.

“Jho Low tidak penting dalam kes ini. Yang paling penting ialah Datuk Seri Najib,” kata penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain ketika disoal balas peguam bela.

Rosli yang mengetuai siasatan kes itu menafikan Najib dituduh dengan tidak adil atas jenayah penipuan Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Pihak pembelaan hari ini berulang kali mencadangkan bahawa Jho Low adalah dalang di sebalik penipuan berjuta ringgit dari SRC International, tetapi ini tidak dipersetujui Rosli.

Peguam bela Harvinderjit Singh merujuk kepada log perbualan telefon BlackBerry milik bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu. 

Harvinderjit: Perbualan BBM (BlackBerry Messenger) ada tunjuk Low ubah wang haram?

Roli: Tidak ada.

Harvinderjit: Ada Low cuba sembunyi maklumat dan transaksi dari Najib dalam akaun AmBanknya?

Rosli: Tidak. Saya tak setuju.

Harvinderjit: Saya cadangkan, Low yang salah guna dana SRC International.

Rosli: Saya tak setuju.

Harvinderjit: Ada log perbualan BBM yang tunjukkan Low ambil langkah untuk pastikan Najib tidak diberitahu mengenai tiga akaun semasa AmBanknya?

Rosli: Saya tak setuju.

Harvinderjit: Low yang menipu bank tentang sumber dana Najib?

Rosli: Saya tak setuju.

Harvinderjit: Saya cadangkan bahawa transaksi Najib dilakukan oleh Low?

Rosli: Saya tak setuju.

Rosli kemudian menafikan Low mengarahkan bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil menandatangani dokumen bank Najib.

Beliau juga menafikan Low mengawal dana SRC International menerusi dua bekas pengarah syarikat Jerome Lee dan Terence Geh.  – 22 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.            


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen