Tukar botol plastik jadi tiket bas di Ecuador


Di Ecuador, penumpang boleh tukar botol plastik menjadi tambang tiket sistem pengangkutan awam. – Gambar fail AFP, 22 Ogos, 2019.

MENJAGA alam sekitar di Ecuador akan dapat bayaran, sekurang-kurangnya untuk pengguna pengangkutan awal di hab perniagaan di Guayaquil.

Skim baharu itu menyasarkan untuk membanteras sampah sarap dan pencemaran dengan membolehkan orang ramai menukar botol plastik untuk dikitar semula untuk mendapatkan tiket bas.

Bandar pelabuhan di barat daya Ecuador itu bandar kedua paling ramai penduduk dalam negara yang mempunyai populasi 2.7 juta itu, tetapi ia bandar yang paling banyak menjana sampah.

Penumpang yang menggunakan sistem transit bas bandar Metrovia kini beratur di mesin baharu menunggu untuk memasukkan botol plastik mereka dengan bayaran dua sen setiap satu, di mana wang itu boleh digunakan untuk pengangkutan awam.

“Bayangkan dua sen setiap botol, untuk 15 botol anda dapat 30 sen, dan itu cukup untuk tiket Metrovia,” kata seorang penumpang Cristian Cardenas.

Ia ternyata lebih menguntungkan berbanding menjual botol ke pusat kitar semula, kata Washington Bravo.

Pesara berusia 76 tahun itu yang tinggal di pinggir Guayaquil, perlu membayar AS$9 tambang teksi untuk ke bandar.

Sekarang, dia berjalan kali seminggu sekali mengumpul botol plastik dari tong sampah dan jalanan di sepanjang perjalannya.

Guayaquil menghasilkan 4,200 tan sampah sehari, hanya 14% daripadanya boleh dikitar semula.

“Bandar itu penuh dengan rasuah dan kotor. Sebelum ini ia tidak begitu, ia lebih bersih dulu,” kata Bravo. – AFP, 22 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen