KERAJAAN akan memanfaatkan RM30 juta peruntukan bagi sekolah tahfiz untuk tujuan menaik taraf.
“Sebelum ini, peruntukan untuk sekolah tahfiz kebanyakannya digunakan untuk membayar gaji.
“Tetapi saya pastikan peruntukan ini akan digunakan 100% menaik taraf sekolah,” kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan jawatankuasa sekolah tahfiz yang baru ditubuhkan.
Zahid bercakap pada pelancaran Persidangan Psikologi Modal Insan di Putrajaya hari ini.
Bulan lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi sekolah tahfiz selepas melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat.
Kebakaran sebelum subuh di sekolah itu mengorbankan 21 pelajar berusia 11 hingga 17 tahun dan dua orang warden.
Menurut statistik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, terdapat 211 kes kebakaran yang melibatkan sekolah tahfiz sejak 2015.
Enam remaja yang dituduh memulakan kebakaran sekolah tahfiz itu didakwa melakukan pembunuhan dan penyalahgunaan dadah. – 9 Oktober, 2017.
Komen