Perbicaraan kes 1MDB tangguh lagi


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 22 Ogos, 2019.

TARIKH mula perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditangguhkan lagi sehingga selesai kes lain dihadapi oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua pasukan peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa perbicaraan kes SRC International masih berlangsung dan pihak pembelaan juga memohon semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan pada Isnin berkenaan pelantikan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa kanan ad hoc dalam perbicaraan 1MDB.

Bagi perbicaraan SRC International, Shafee memberitahu mahkamah pihak pembela tidak dapat menghabiskan soal balas saksi akhir pendakwa, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain pada Isnin, di mana ia tarikh awal ditetapkan oleh mahkamah sebagai permulaan perbicaraan kes 1MDB.

“Kami akan cuba mempercepatkan soal balas terhadap saksi tetapi ia akan mengambil masa dua hari setengah,” kata Shafee.

Sequerah memerintahkan perkara itu didengar sekali lagi pada Jumaat petang, selepas perbicaraan SRC International habis. – 22 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen