2 atlet protes Trump dikenakan amaran


Atlet AS, Race Imboden berlutut apabila lagu negara itu dimainkan ketika menerima pingat bagi acara lawan pedang di kejohanan Pan Amerika di Lima pada 9 Ogos lalu. – Gambar AFP, 22 Ogos, 2019.

DUA atlet Amerika Syarikat (AS) yang melakukan protes di podium ketika Kejohanan Pan Amerika baru-baru ini diberikan amaran tetapi tidak dikenakan hukuman lanjut oleh ketua Olimpik AS, lapor USA Today.

Atlet lawan pedang Race Imboden dan atlet lontar peluru Gwen Berry kedua-duanya dikenakan amaran selepas melakukan protes terhadap asar Presiden Donald Trump ketika mereka menerima pingat di Lima.

Imboden melutut dengan satu kaki ketika lagu negara AS dimainkan sementara Berry menunjukkan penumbuk sebelum melaungkan ketidakadilan sosial dan “presiden yang menjadikan keadaan makin teruk”.

Jawatankuasa Paralimpik dan Olimpik AS kemudian mengeluarkan kenyataan menyatakan kekecewaan terhadap protes atlet berkenaan, dan akan menyemak semula tindakan yang akan diambil.

USA Today melaporkan Ketua USOPC Sarah Hirshland menghantar surat kepada Imboden dan Berry dalam nada yang baik.

Bagaimanapun, walaupun Hirshland berkata beliau mengagumi keputusan atlet untuk jadi warga yang aktif, beliau beri amaran mereka berdepan hukuman serius jika mengulangi perbuatan itu dalam tempoh 12 bulan akan datang – tempoh termasuk Olimpik Tokyo 2020. – AFP, 22 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen