3 maut helikopter terhempas di utara India


Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk seorang juruterbang dan pembantu juruterbang maut selepas helikopter dinaiki terhempas di Uttarakhand utara India hari ini. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tiga orang termasuk seorang juruterbang dan pembantu juruterbang maut selepas helikopter dinaiki terhempas di Uttarakhand utara India hari ini.

Helikopter malang itu membawa barangan bantuan kemanusiaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. 

Nahas berlaku di daerah Uttarkashi selepas helikopter itu melanggar kabel kuasa elektrik ketika hendak mendarat.

Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam tempoh 48 jam lalu akibat hujan lebat, tanah runtuh dan banjir di Uttarakhand. – Bernama, 21 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen