INDUSTRI robotik di China mencecah 148,000 unit pada 2018, menyumbang lebih 38 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran dunia, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Miao Wei secara keseluruhanya pertumbuhan industri itu sedikit perlahan tahun ini disebabkan persekitaran ekonomi global dan masalah pembangunan teknologi.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Robot Dunia 2019 yang berlangsung di Beijing bermula Selasa hingga Ahad, menyaksikan 700 pempamer menampilkan pelbagai jenis teknologi robotik terkini.
Bagaimanapun, katanya dengan kepesatan serta inovasi teknologi yang berkembang dalam industri robotik, industri itu dilihat akan terus berkembang pesat.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran robotik di China muncul yang terbesar di dunia, merangkumi satu pertiga jualan global, menurut laporan dikeluarkan pada bulan ini oleh Institut Elektronik China.
Dianggarkan lebih 130 robot untuk setiap 10,000 orang di China menjelang 2021, menurut Persekutuan Robotik Antarabangsa. – Bernama, 21 Ogos, 2019.
Komen