WILAYAH Ninh Binh di utara Vietnam melancarkan promosi pelancongan menggunakan aplikasi Tik Tok bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Video pertama menerusi kempen tanda pagar HelloVietnam itu menampilkan bandar Da Nang, dilancarkan pada Jun 2019 dengan #HelloDanang disusuli bandar Ninh Binh menerusi #HelloNinhBinh.
Kempen itu ditaja Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Vietnam (VNAT) yang mana Majalah Pelancongan akan bekerjasama dengan Tik Tok Vietnam untuk membangunkan pelbagai maklumat menarik yang akan dipaparkan menerusi aplikasi Tik Tok.
Di bawah kerjasama bagi tempoh 2019 hingga 2020, menyasarkan penghasilan 30,000 video pendek mengenai keindahan landskap Vietnam dengan sasaran 100 juta tontonan.
Tik Tok mempunyai lebih 12 juta pengguna di Vietnam.
Wilayah Ninh Binh juga melaksanakan pelbagai kaedah lain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan, terutamanya di tapak pelancongan Tam Coc - Bich Dong di Ninh Hai, daerah Hoa Lu. – Bernama, 21 Ogos, 2019.
Komen