SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menarik balik pembekuan dua akaun milik bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.
Timbalan pendakwa raya Mohd Isa Mohamed memeberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa akaun berkenaan boleh dinyah beku kerana tiada pendakwaan berkaitan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang dibeku di Maybank.
Hakim Mohd Zaini Mazlan kemudian mengarahkan Arul Kanda untuk menark balik permohonan yang difailkan Isnin lalu bagi menarik balik pembekuan itu.
“Akaun berkenaan dibekukan sejak 12 Julai tahun lalu. Sudah setahun dan tiada apa yang dilakukan..jadi kami menulis surat kepada SPRM untuk menarik balik pembekuan akaun,” kata peguam yang mewakili Arul Kanda, N Sivananthan kepada pemberita selepas prosiding hari ini.
Peguam itu berkata, akaun berkenaan tiada kena mengena dengan pertuduhan jenayah terhadap Arul Kanda yang didakwa mengubah laporan audit 1MDB, yang mana beliau akan berdepan perbicaraan pada November ini.
Tahun lalu, SPRM bertindak membekukan tujuh akaun bank milik Arul Kanda, sebagai tambahan kepada dua akaun CDS, yang mempunyai saham syarikat tersenarai di Bursa.
“Untuk adil, banyak akaun dibekukan. Anda akan tahu ramai yang memulakan tindakan pelucuthakan terhadap ramai individu,” kata Sivanathan.
Pembekuan tahun lalu dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Sebulan selepas pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu, SPRM membekukan kira-kira 900 akaun berkait dengan entiti atau individu yang didakwa menerima manfaat daripada dana berkaitan dengan 1MDB. Akaun Umno, termasuk pemimpinnya, termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi turut dibekukan.
Pada Jun tahun ini, SPRM juga memfailkan tindakan saman sivil melucutkan hak terhadap 41 penerima dan entiti untuk mendapatkan semula RM270 juta berkaitan dengan 1MDB. – 21 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen