JABATAN Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) meluluskan jualan jet pejuang 66 F-16 kepada Taiwan, langkah yang dijangka menyebabkan kemarahan Beijing.
Taiwan akan menerima versi terkini jet buatan Lockheed Martin, F-16C/D Blok 70 dalam satu urus niaga bernilai AS$8 bilion, kata jabatan itu.
Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu kenyataan berkata Presiden Donald Trump membenarkan cadangan jualan itu selepas Kongres dimaklumkan minggu lalu.
Jet pejuang F-16s itu konsisten dengan perjanjian itu, satu hubungan bersejarah antara AS dan China, kata Pompeo.
“Tindakan kita konsisten dengan dasar AS terdahulu. Kami hanya ikut komitmen yang dibuat kepada semua pihak.”
Rancangan Taiwan untuk meningkatkan pertahanan udaranya dibuat susulan kekerapan tentera China masuk ke ruang udaranya.
Beijing menganggap Taiwan sebahagian daripada China, tetapi negara pulau itu mentadbir sendiri dan sekutu rapat AS.
Taiwan sudah memiliki kapal model lama F-16s yang dibeli pada 1992. – AFP, 21 Ogos, 2019.
Komen