AS gesa India bebaskan tahanan, kembalikan hak Kashmir


Sekurang-kurangnya 4,000 orang ditahan di Kashmir sejak arahan perintah berkurung dikeluarkan dan India tarik balik kuasa autonomi di sebahagian wilayah itu pada 5 Ogos. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) menggesa India melepaskan tahanan dengan serta-merta dan mengembalikan kebebasan asas di wilayah dikawalnya, Kashmir bagi meredakan ketegangan di situ.

“Kami sangat bimbang dengan laporan penahanan itu dan sekatan yang berterusan terhadap penduduk di wilayah berkenaan,” kata pegawai Jabatan dalam Negeri.

“Kami menggesa India menghormati hak individu, pematuhan prosedur undang-undang dan dialog inklusif,” kata pegawai berkenaan yang enggan dinamakan.

Ketegangan makin teruk sejak India menarik balik kuasa autonomi di sebahagian Kashmir yang dikawalnya pada 5 Ogos.

Pihak berkuasa India juga mengenakan sekatan komunikasi dan gerakan dari malam arahan dikeluarkan.

Sekurang-kurangnya 4,000 orang ditahan di Kashmir sejak itu.

Presiden Donald Trump baru-baru ini menghubungi Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan untuk menggesa kedua-dua pihak meredakan ketegangan di Kashmir. – AFP, 21 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen