Zakir sepatutnya berterima kasih kepada Malaysia, kata Anwar


Chan Kok Leong

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata penceramah Dr Zakir Naik sepatutnya bersyukur kerana kerajaan terdahulu memberikannya status Penduduk Tetap di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Ogos, 2019.

PENCERAMAH kontroversi Dr Zakir Naik patut berterima kasih kepada Malaysia kerana membenarkannya tinggal di sini, kata Anwar Ibrahim.

“Zakir sepatutnya bersyukur kerana kerajaan terdahulu memberikannya status Penduduk Tetap dan Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk melindunginya dengan tidak menghantarnya kembali ke India,” kata Anwar kepada ahli PKR di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam ini.

Namun sebaliknya, Zakir telah meminta kaum lain di Malaysia untuk pulang ke negara asal ketika memberikan ceramah, kata Anwar.

“Dan sekarang dia jadi masalah kepada kita.

“Kita nak bantu tapi dia beri kita masalah,” katanya Presiden PKR berusia 72 tahun itu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, adalah salah bagi Zakir untuk berkata tentang kaum di Malaysia semasa menyampaikan ceramahnya.

“Saya tak setuju dengan tindakannya mempelekehkan dan menyerang orang Cina serta India walaupun dia kata tidak bermaksud untuk bercakap sedemikian dan telah meminta maaf.

“Kita mesti bercakap perkara baik apabila kita cuba berceramah. Saya kenal dia dan dia ada kekuatannya. Tetapi adalah salah untuk dia bercakap sebegitu,” katanya. – 20, Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen