Kapal angkasa India memasuki orbit bulan


Kapal angkasa India Chandrayaan 2 memasuki orbit bulan hari ini selepas empat minggu perjalanan. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2019.

KAPAL angkasa India Chandrayaan 2 memasuki orbit bulan hari ini bagi melaksanakan satu misi bersejarahnya ke bulan.

Selepas empat minggu perjalanan, kapal angkasa itu berjaya menyelesaikan misi seperti dirancang, kata Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) dalam satu kenyataan.

Misi berjaya dilaksanakan hari ini seperti yang dirancang. Tempoh pergerakan adalah 1,738 saat.

India menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China yang melancarkan kapal angkasa ke bulan.

Sekiranya seluruh misi berjalan lancar, kapal angkasa India akan mendarat di Kutub Selatan pada 7 September. – AFP, 20 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen