SEKURANG-KURANGNYA 13 pelancong warga China maut, manakala puluhan lagi cedera, selepas bas yang dinaiki terbabas, lalu jatuh sejauh 30 meter ke dalam gaung di Laos.
Menurut polis, bas berkenaan membawa lebih 40 penumpang rakyat China dan dalam perjalanan ke bandar tumpuan pelancong, Luang Prabang, ketika kejadian itu berlaku, semalam.
“Setakat ini, 13 mayat ditemui, manakala dua lagi masih hilang,” kata pegawai polis, Xaiyaphon Chitavong.
Katanya, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada masalah brek bas.
Beliau berkata 31 penumpang yang cedera menerima rawatan perubatan.
Media tempatan China yang melaporkan kejadian itu, turut menyiarkan gambar anggota penyelamat sedang meredah banjir di kawasan kemalangan berkenaan.
Sementara itu, kemalangan jalan raya sering berlaku di Laos, Thailand, Kemboja, Myanmar berikutan kelemahan penguatkuasaan dan peraturan keselamatan.
Musim monsun sepanjang Jun hingga Oktober juga menjadikan kebanyakan jalan di kawasan luar bandar menjadi licin akibat hujan lebat. – AFP, 20 Ogos, 2019.
Komen