Kumpulan B40 sila hati-hati guna kad kredit, kata AKPK


Ragananthini Vethasalam

Pengurus Besar AKPK Nor Fazleen Zakaria berkata hampir 90% portfolio pengurusan penstrukturan semula hutang di agensi itu membabitkan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Ogos, 2019.

KUMPULAN isi rumah berpendapatan rendah B40 boleh memiliki kad kredit tetapi perlu berhati-hati kerana ia sangat mencabar jika perbelanjaan mereka berlebihan dan akan berdepan masalah membayarnya semula, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Pengurus Besar AKPK Nor Fazleen Zakaria berkata hampir 90% portfolio pengurusan penstrukturan semula hutang di agensi itu membabitkan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.

Katanya, keadaan itu sangat mencabar untuk mereka di dalam kumpulan B40 untuk menguruskan bayaran kad kredit.

Kumpulan B40 ialah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000, menurut dapatan Statistik Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2019.

“Itu juga kebimbangan kami. Apa yang kami bincangkan ialah tentang ada pendapatan dan menguruskan perbelanjaan, jangan meminjam terlalu banyak, ada kecukupan untuk insurans dan sebagainya, itu adalah bahagian aliran keluar.

“Bahagian aliran masuk (pendapatan) untuk kumpulan berpendapatan rendah adalah cabaran, kerana anda tidak boleh bergerak sangat,” katanya.

Kira-kira 34.3% peserta dalam program pengurusan hutang memperoleh pendapatan tahun di bawah RM24,000.

Mereka yang berpendapatan antara RM24,000 RM36,000 kira-kira 20.8%.

Nor Fazleen mengakui agak mencabar untuk menambah pendapatan tetapi lebih mudah mengurangkan perbelanjaan.

Ditanya adalah contoh pengguna kad menggunakan satu kredit kad untuk membayar hutang yang lain, Nor Fazleen berkata ia senario yang sering berlaku.

“Langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Bagi mereka yang ada beberapa kad kredit, katanya penyelesaian terbaik ialah membayar kad yang kadar hutang paling rendah sebelum menguruskan jumlah lebih besar.

Katanya, cara itu akan menanam rasa disiplin dan motivasi untuk menyelesaikan baki hutang. – 25 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen