PEMAIN tenis Naomi Osaka kekal di tangga teratas ranking WTA meskipun tersingkir dari Kejohanan Cincinnati Masters akibat kecederaan.
Pemain Jepun itu kalah di tangan pemain ranking ke-20, Sofia Kenin di suku akhir Ahad lalu susulan kecederaan lutut menyebabkan kemunculannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjadi tanda tanya.
Sementara itu, Madison Keys berubah lapan anak tangga dan kini di ranking ke-10 selepas muncul juara Cincinnati Masters, Ahad lalu.
Pemain Ukraine, Elina Svitolina turut berubah anak tangga dan kini di tempat kelima dunia.
Sloane Stephens pula jatuh dari tangga ke-10 untuk berada di ranking ke-11 selepas kalah pusingan ketiga di tangan Svetlana Kuznetsova di Cincinatti Masters.
Kiki Bertens pula di tangga ketujuh manakala Johanna Konta turun ke kedudukan 16. – AFP, 20 Ogos, 2019.
Komen