Jersi bola keranjang milik Obama dijual RM500,000


Baju jersi nombor 23 milik bekas presiden AS Barack Obama semasa beliau berusia 18 tahun ketika menjadi pelajar di sekolah tinggi Punahou di Hawaii. – Gambar AFP, 20 Ogos, 2019.

BAJU jersi bola keranjang yang pernah dimiliki oleh bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijual pada Isnin dengan harga RM500,820 (AS$120,000), menurut sebuah syarikat lelong di Dallas yang menjualnya.

Jersi nombor 23 milik Obama semasa berusia 18 tahun itu ketika beliau menjadi pelajar di sekolah tinggi Punahou di Hawaii, tempat tinggalnya dahulu, menurut Heritage Auctions.

Jersi itu bernilai AS$100,000 sebelum ia dilelong.

Obama diketahui ramai merupakan peminat sukan bola keranjang dan sering dilihat bermain semasa menduduki White House bersama kakitangan presiden, selebriti atau tetamu lain. – AFP, 20 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen