BEKAS presiden Sudan Omar al-Bashir yang memerintah selama 30 tahun hari ini tiba di mahkamah Khartoum untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah.
Bashir, 75, digulingkan pada 11 April selepas bantahan terhadap pentadbirannya berlangsung selama berbulan-bulan sebelum ini hadir di mahkamah pada 16 Jun.
Beliau berdepan tuduhan pemilikan mata wang asing, rasuah dan memperoleh kekayaan secara haram.
Bekas presiden itu hadir di mahkamah diiringi konvoi tentera.
April lalu, ketua tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan berkata wang tunai dalam tiga mata wang bernilai lebih AS$113 juta dirampas dari kediaman Bashir.
Pada Mei, Abdel Fatteh berkata Bashir didakwa atas pembunuhan semasa bantahan yang membawa kepada penggulingannya.
Bantahan tercetus pada 19 Disember tahun lalu selepas pentadbiran Bashir menaikkan harga roti sebanyak tiga kali ganda. – AFP, 19 Ogos, 2019.
Komen